Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 2.0 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMA EKONOMI PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

MB seru peniaga, penjaja dapatkan bantuan RM500 di selangorprihatin.com

SHAH ALAM, 15 APRIL: Peniaga kecil dan penjaja di negeri ini boleh membuat pendaftaran untuk mendapatkan insentif bernilai RM500 di laman sesawang selangorprihatin.com , kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tempoh permohonan bagi insentif itu dibuka sehingga 7 Jun depan.

“Insentif RM500 sebelum ini hanya dibuka kepada peniaga dan penjaja premis pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja, kini diperluas kepada semua peniaga dan penjaja pasar tani, kios, semua jenis gerai, pasar awam dan medan selera.

“Daftar di http://selangorprihatin.com sehingga 7 Jun 2020,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Kerajaan Negeri bersetuju memperluaskan manfaat insentif RM500 sekali bayar di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin kepada peniaga berlesen yang menyewa premis PBT.

Ia melibatkan lima kategori di atas yang dikuatkuasakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, UUK Pasar dan UUK Establishment Makanan sahaja.

Seramai 80,000 peniaga dan penjaja berlesen yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan disasar menerima bantuan itu.


Pengarang :