Seorang pelancong dari China memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan berikutan penularan wabak koronavirus ketika percutian di Bali, Indonesia pada 26 Januari 2020. AFP
AGENDAGLOBAL

Kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat 113,134, kematian 5,302

JAKARTA, 3 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 113,134 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,679 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, 77,572 pesakit masih lagi dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 66 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,302 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 22,982 kes, diikuti Jakarta (22,616) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,741 orang, diikuti Jakarta (860), Jawa Tengah (665), Sulawesi Selatan (321) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.


Pengarang :