AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB pelawa rakyat kongsi cadangan untuk belanjawan negeri

SHAH ALAM, 19 OGOS: Dato’ Menteri Besar mempelawa rakyat berkongsi pandangan dan cadangan dalam merangka Belanjawan Selangor 2023.

Menerusi Facebook, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pandangan dan cadangan itu boleh dikongsi menerusi laman https://www.amirudinshari.com/selangor2023

“Kerajaan Negeri selalu mengambil kira pandangan serta cadangan rakyat untuk merangka belanjawan dan hala tuju pembangunan negeri.

“Town Hall adalah amalan kebiasaan yang tidak pernah ditinggalkan, medan terbuka untuk rakyat bersuara,” katanya semalam.

Kaji selidik Belanjawan Selangor 2023 bermula 25 Julai lalu menerusi laman rasmi Dato’ Menteri Besar itu bertujuan agar belanjawan tersebut menjadi lebih inklusif dan memanfaatkan semua pihak.

Tinjauan umum itu mengandungi tiga bahagian termasuk harapan rakyat terhadap belanjawan negeri pada tahun depan.

Dengan kaji selidik itu, belanjawan dirangka mampu memberi nilai tambah terhadap pembangunan yang memanfaatkan rakyat negeri ini.


Pengarang :