Aksi Mohammed Salisu dan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan Kumpulan H Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar. Foto REUTERS
AGENDASUKANKINI

Piala Dunia: Portugal tumpaskan Ghana dengan jaringan 3-2

DOHA, 25 NOV: Pasukan Portugal menumpaskan skuad Ghana 3-2 pada peringkat Kumpulan H Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada Khamis.

Perlawanan diadakan di Stadium 974 di Doha di hadapan lebih 42,660 penonton, lapor Agensi Berita Tass.

Gol kemenangan Portugal dijaringkan Cristiano Ronaldo menerusi sepakan penalti pada minit ke-65 manakala dua lagi gol hasil rembatan Joao Felix (minit ke-78) dan Rafael Leao (minit ke-80).

Sementara itu, gol skuad Ghana pula dijaringkan Andre Ayew (minit ke-73) dan Osman Bukari (minit ke-89).

Ronaldo, 37, menjadi pemain pertama yang menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam lima Piala Dunia FIFA. Secara keseluruhannya pemain sensasi itu sudah menjaringkan lapan gol bermula dengan edisi Piala Dunia 2006.

– BERNAMA


Pengarang :