Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat pemeriksaan di pasar Taman Sentosa, Klang pada 20 Januari lalu. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

MPK keluarkan 18 kompaun terhadap lima premis perniagaan, penjaja

OLEH AZIAN AZIAN

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan 18 kompaun terhadap lima premis perniagaan dan penjaja dalam operasi khas di Lintang Dato’ Yusof Shabudin 1, Taman Sentosa, Klang pada 20 Januari lalu.

Pengarah komunikasi korporatnya berkata kesalahan yang dikenal pasti ialah membuang sisa makanan dan minyak ke dalam longkang, gagal menyediakan tong sampah bertutup dan serta membuang sampah perniagaan di tempat awam.

“Enam kompaun dikeluarkan oleh Unit Operasi Jabatan Penguat Kuasa (JPK) dan 12 lagi oleh Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) MPK.

“Kesalahan-kesalahan tersebut dikompaun di bawah Seksyen 47 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Undang-Undang Kecil 6 dan Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (PPPS) 2007,” kata Norfiza Mahfiz.

Tambahnya, seramai 15 anggota termasuk dua pemandu daripada Unit Operasi JPK dan JPP terlibat dalam operasi tersebut.


Pengarang :