Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han mengganti atap kediaman mangsa ribut di Kampung Batu 13, Puchong pada 11 April 2023. Foto Facebook Ng Sze Han
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Mangsa ribut di Puchong terima gantian atap rosak, barangan asas

SHAH ALAM, 12 APRIL: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menyumbang baucar barangan keperluan asas kepada penghuni hampir 50 rumah yang terjejas akibat ribut di Kampung Batu 13, Puchong, Sabtu lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han berkata bantuan berjumlah RM200 kepada setiap rumah tersebut sebagai tanda prihatin dan diharap dapat menampung perbelanjaan mangsa terjejas.

“Selain itu, pihak kami juga mengusahakan sumbangan sebanyak 300 unit atap diperbuat daripada bahan kitar semula dengan anggaran harga RM50 setiap atap.

“Pengilang, Tetra Pak menaja semua atap tersebut setelah dimohon pada Sabtu lalu selepas saya melawat perumahan terjejas.

“Semalam, kerja pembaikan telah bermula dan saya turut memberikan sedikit sumbangan upah kontraktor untuk meringankan beban mangsa terbabit,” katanya kepada Selangorkini.

Sabtu lalu, lebih 20 lokasi sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartment Angsana Bukit Puchong 2 terjejas akibat ribut.

Kejadian kira-kira 4.30 petang itu mengakibatkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk mengalami kerosakan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han mengganti atap kediaman mangsa ribut di Kampung Batu 13, Puchong pada 11 April 2023. Foto Facebook Ng Sze Han

Pengarang :