Orang ramai hadir pada program Jelajah Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua yang di Padang Awam Batu Caves pada 4 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah di Jeram, Dengkil, Taman Templer, Sungai Panjang esok

SHAH ALAM, 8 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi esok, mulai 10 pagi

Inisiatif jualan murah itu berlangsung di Balai Raya Kampung Felda Bukit Cherakah (Jeram), berhadapan kolam pancing udang harimau, Taman Mas (Dengkil), Kampung Selayang Indah (Taman Templer) dan Sungai Haji Dorani (Sungai Panjang).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Setakat ini, program itu sudah dianjurkan di 2,400 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :