Baginda menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Parlimen pada 13 Februari 2023
BERITA UTAMAPERSONALITIRENCANA

Al-Sultan Abdullah bawa kestabilan, tangani isu politik, Covid-19

Pada 30 Januari, berakhirlah tempoh lima tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Baginda memegang tampuk tertinggi negara sejak 31 Januari 2019 menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V yang meletak jawatan.

Sepanjang bersemayam di Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menempuh pelbagai cabaran khususnya kemelut politik apabila berlaku perpecahan gabungan parti kerajaan persekutuan dan negeri.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut berdepan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada kelangsungan hidup rakyat.

Meski mengharungi pelbagai rintangan, Al-Sultan Abdullah berjaya mengemudi negara, sekali gus menjadi lambang kestabilan serta perjuangan melawan wabak maut.

Baginda akan diganti kekanda iparnya Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkuat kuasa 31 Januari ini.

Sempena tamat penggal pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selangorkini merakam sebahagian kegiatan Baginda.

Selain sumber Bernama, himpunan foto ini ihsan Facebook dan Instagram Istana Negara. Keterangan disediakan HAFIZAN TAIB.

 

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati kepada Baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 8 April 2021

 

Al-Sultan Abdullah mengucup Keris Kerajaan pada simbolik penerimaan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Istiadat Pertabalan Baginda di Istana Negara pada 30 Julai 2019

 

Bersama Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 27 Oktober 2023

 

Baginda dan Raja Permaisuri Agong diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023

 

Al-Sultan Abdullah menyempurnakan majlis perasmian bangunan kedua tertinggi dunia Menara Merdeka 118 di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur pada 10 Januari

 

Baginda diiring Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Pertanian Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Sekinchan pada 5 Januari

 

Sebagai ketua agama peringkat persekutuan, Seri Paduka Baginda membaca surah Yasin sempena Peringatan Hari Polis ke-215 di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 24 Mac 2022

 

Baginda melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya di Pekan, Pahang pada 12 Januari 2024

 

Timbalan Menteri Luar Turkiye Sedat Onal menyambut Al-Sultan Abdullah sebelum berangkat pulang pada 22 Ogos 2022 selepas lawatan ke negara itu selama lapan hari

 

Al-Sultan Abdullah mencemar duli bertemu orang ramai menjelang waktu berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan yang menjadi lokasi tumpuan ramai pada 20 April 2022

 

Tunku Azizah memasak bubur lambuk bersama warga Penjara Penor, Kuantan pada 16 April 2023. Sebanyak 2,500 bekas bubur lambuk diagihkan kepada kakitangan dan penghuni penjara

 

Baginda melawat pusat vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pada 16 Mac 2021. Turut serta, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

 

Al-Sultan Abdullah menerima menghadap seorang menteri Emiriah Arab Bersatu Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais di Abu Dhabi pada 24 Disember 2020

 

Melihat manuskrip ketika berkunjung ke British Library, London pada 11 Disember 2019. Ia terkenal antara perpustakaan terbesar di dunia berdasarkan jumlah bahan yang dikumpul

 


Pengarang :