AGENDAJENAYAH

Empat anggota polis miliki air ketum ditahan

KUALA LUMPUR, 6 JAN: Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata kes itu telah diserahkan kepada JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, empat anggota terbabit yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira kira-kira 2.15 pagi di rumah berkenaan.

Mereka yang merupakan staf pentadbiran di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di ibu negara disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

-BERNAMA


Pengarang :