SUKANKINI

Rekod tanpa kalah Man City lebur dalam perlawanan mendebarkan

OLEH NAZLI IBRAHIM

ANFILED, 15 JAN: Rekod 22 perlawanan tanpa tewas milik Manchester City akhirnya berjaya dileburkan Liverpool dengan kemenangan tipis 4-3 pada satu perlawanan penuh mendebarkan di Stadium Anfield awal pagi tadi.

Liverpool bermula garang apabila mendahului lawan seawal minit ke-9 menerusi Oxlade Chamberlain sebelum berjaya disamakan Manchester City sebelum memasuki bilik persalinan.

Pada separuh masa kedua, Liverpool berjaya menjaringkan 3 gol sumbangan Firmino, Mane dan Salah menjadikan kedudukan 4-1.

Bagaimanapun, pasukan kendalian Pep Guardiola itu kembali merapatkan jurang menerusi jaringan Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan menjadikan kedudukan 4-3.

Permainan minit akhir terus berlangsung dalam suasana penuh mendebarkan selepas Manchester City mendapat rentak lebih bertenaga dan kemas dengan kemasukan Bernardo Silva.

Akhirnya skuad Jurgen Klopp berjaya memastikan perlawanan dramatik itu milik mereka dan sekaligus meletakkan Liverpool di tangga ketiga.

Manchester City kekal menghuni tangga teratas kini memiliki 62 mata meninggalkan pencabarnya di tangga kedua Manchester United, ketiga Liverpool dan Chelsea di tangga keempat dengan ketiga-tiganya berkongsi 47 mata.


Pengarang :