V Ganabatirau. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Ganabatirau: Halang projek tebatan banjir, pemilik kuil digesa pindahkan binaan 

SHAH ALAM, 21 FEB: Pemilik kuil diminta memindahkan segera dua binaan di Jalan Rembia 2, Bandar Botanik, Klang yang tapaknya dikategori sebagai tanah rizab masjid dan sungai, kata EXCO kerajaan prihatin.

V Ganabatirau berkata binaan itu menghalang kelancaran projek tebatan banjir di Sungai Aur Fasa 5 yang dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Masjid Jamek Cina Muslim oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

“Saya berharap orang ramai jelas dan tidak menjadikannya isu perkauman atau keagamaan,” katanya pada sidang media berhubung isu kandang lembu dan binaan kuil di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Beliau berkata tiga notis pencerobohan mengikut Seksyen 425 dan 426A (1)(c)Kanun Tanah Negara 1965 yang diabaikan pemilik sejak 2006 memaksa Pejabat Daerah dan Tanah Klang meroboh binaan tersebut, baru-baru ini.

Pencerobohan dan pendudukan tidak sah ke atas tanah kerajaan adalah kesalahan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 dan pelaku boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan.


Pengarang :