Pegawai kerajaan Korea Selatan mengenakan pakaian dan peralatan perlindungan sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan Covid-19 di Gwangju pada 3 Mac 2020. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Covid-19: China catat 2,981 kematian, kes di Korea Selatan meningkat

SHAH ALAM, 4 MAC: China melaporkan 38 kematian lagi susulan Covid-19 hari ini dengan 119 kes baharu disahkan pada Selasa, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Jumlah kematian di seluruh negarap itu kini mencecah 2,981 orang, dengan lebih 80,200 dijangkiti wabak tersebut yang menular sejak hujung tahun lalu, lapor The Straits Times.

Sementara itu, Korea Selatan, negara yang terjejas teruk selepas China melaporkan 516 kes baharu hari ini menjadikan keseluruhan kes 5,328 dengan 32 kematian setakat ini.

Semalam, Presiden Moon Jae-in meminta maaf susulan kekurangan topeng muka dan menjanjikan sokongan untuk perniagaan kecil yang terjejas ekoran wabak tersebut.

Korea Selatan juga mengumumkan pakej rangsangan sebanyak 11.7 trilion won (RM57.3 bilion) untuk mengurangkan impak wabak berkenaan yang akan disalurkan kepada sistem kesihatan, penjagaan kanak-kanak dan pasaran luar.


Pengarang :