Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat masuk ke Dewan Negeri Selangor bagi Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ketiga Dewan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 16 Mac 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Istiadat perbarisan DNS batal, semua wajib disaring

SHAH ALAM, 16 MAC: Istiadat perbarisan yang dijadual berlangsung pada pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14, Tahun 2020 di Bangunan Annex, di sini hari ini dibatal susulan penularan Covid-19.

Bagaimanapun, sesi diteruskan dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Petugas memeriksa suhu badan Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum memasuki dewan bagi Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ketiga Dewan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 16 Mac 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Semua termasuk Ahli Dewan Negeri dan pengamal media juga menjalani saringan pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan sebagai langkah pencegahan virus itu.

Mereka yang melalui proses saringan diperiksa suhu badan oleh pegawai bertugas dan dipakaikan pelekat berwarna di pakaian masing-masing serta diberi cecair pembasmi kuman.

Sidang DNS yang membuka tirai hari ini pertama kali diadakan selepas gabungan Pakatan Harapan (Pakatan) jatuh di Putrajaya pada Februari lalu.

Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 9 Mac ini turut ditangguhkan ke 18 Mei.

Di Selangor, pimpinan Pakatan mencapai muafakat dalam tempoh 24 jam sekalipun pergolakan politik berlaku pada peringkat Persekutuan yang membolehkan Kerajaan Negeri meneruskan agenda rakyat seperti biasa.


Pengarang :