Petugas Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Permatang mengagihkan bungkusan makanan kepada penduduk Kampung Blok COJ, Tanjung Karang pada 14 Mei 2020. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin
ADNSELANGOR

Wakil rakyat edar makanan kepada penduduk Tanjung Karang

SHAH ALAM, 15 MEI: Seramai 20 keluarga di Kampung Blok COJ di Tanjung Karang menerima bungkusan makanan sumbangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang, semalam.

Penduduk turut menerima pelitup muka sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

ADN Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata agihan sumbangan dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Blok COJ, Saipol Bahri Sahlan.

Rozana turut menasihati penduduk terus menjaga penjarakan sosial, kebersihan diri serta mengelak keluar rumah jika tiada urusan penting.

“Dalam masa sama, kita juga harus maklum tentang peningkatan kes denggi. Justeru, kebersihan persekitaran dan kejiranan jangan diabaikan,” katanya menerusi Facebook.

Bantuan sama turut diagihkan kepada 47 keluarga di Kampung India Sungai Yu, Taman Desa Mawar, Taman Nilam, Taman Murni selain 20 keluarga di Kampung Parit Serong, kelmarin.

Rozana berkata penduduk kawasan DUN itu yang menghadapi masalah atau terputus bekalan makanan boleh hubungi Puan Faten di talian 010-557 3736.


Pengarang :