Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkenaan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 Mac 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM: Kluster Lanjut kesan lima kes positif Covid-19

SHAH ALAM, 20 JUN: Kementerian Kesihan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu di Labu Lanjut, Sepang selepas lima kes positif Covid-19 direkodkan sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes indeks kluster ini merupakan seorang pesakit yang dirawat untuk jangkitan pernafasan akut (Acute Respiratory Infection, ARI) di Hospital Serdang dan dikesan positif pada 5 Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) mendapati empat ahli keluarganya iaitu dua anak dan dua cucu juga positif wabak berkaitan.

“Tiga ahli keluarga tinggal serumah dengan beliau manakala seorang lagi dari kediaman lain,” katanya dalam kenyataan.

Noor Hisham menjelaskan punca jangkitan masih dalam siasatan namun penularan disyaki mungkin berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung.

Katanya, KKM akan terus menyiasat kes ini dan saringan terhadap 29 kontak rapat mendapati 25 individu negatif wabak.


Pengarang :