AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bekalan di 580 kawasan pulih sepenuhnya – Air Selangor

SHAH ALAM, 11 NOV: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 580 daripada 1,279 kawasan terjejas bekalan air tidak berjadual mula menerima bekalan pada jam 9 malam tadi.

Ketua pegawai komunikasinya berkata kawasan pulih sepenuhnya kini meningkat 45 peratus dan baki 699 kawasan di wilayah terjejas masih dalam proses pembaikan.

“Peratusan pemulihan setakat ini ialah Kuala Selangor 99 peratus, Gombak (48 peratus), Kuala Lumpur (35 peratus), Petaling (26 peratus), Klang/Shah Alam (14 peratus) serta Hulu Selangor dan Kuala Langat masing-masing sifar peratus,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai proses pemulihan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com .


Pengarang :