Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad diiringi oleh Pengerusi Puspanita Selangor Datin Padiah Safian bercakap kepada Media Selangor selepas Program Sokongan Psikologi Bekas Pesakit Covid-19 di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, Shah Alam pada 15 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pekawanis sumbang duit raya RM100 kepada 120 anak asnaf

SHAH ALAM, 15 APRIL: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) akan meraikan 120 anak asnaf sempena Aidilfitri pada Selasa ini.

Yang Dipertua Datin Seri Masdiana Muhamad berkata pihaknya memperuntukkan RM12,000 bagi program berkenaan dengan menyumbang wang tunai RM100 kepada setiap kanak-kanak.

“Data penerima diperoleh dari Lembaga Zakat Selangor. Kita mahu kanak-kanak ini diraikan dan merasa kemeriahan menyambut raya.

“Dalam program itu nanti,kita turut menjemput lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan dan bekerjasama bagi memberi manfaat lebih besar kepada penerima,” katanya ditemui pada Program Sokongan Psikososial di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad (tiga, kiri) menyantuni urusetia Puspanita dalam Program Sokongan Psikologi Bekas Pesakit Covid-19 di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, Shah Alam pada 15 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sementara itu Masdiana berkata pihaknya memperuntuk RM50,000 bagi menjayakan program masak bubur lambuk di 50 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setiap DUN menerima bantuan RM1,000 dan turut mendapat tajaan daripada beberapa pihak. Bubur akan diagih kepada penduduk sekitar,” katanya.

Sempena Aidilfitri tahun ini Pekawanis membelanjakan RM200,000 untuk diagih kepada 50 DUN sebagai bantuan raya kepada keluarga berpendapatan rendah (B40).


Pengarang :