Antara 100 asnaf di Bandar Sungai Buaya yang menerima bantuan Aidilfitri dari Lembaga Zakat Selangor. Foto LZS
AGENSISELANGOR

100 asnaf terima sumbangan Aidilfitri dari Zakat Selangor

SHAH ALAM, 2 MEI: Seramai 100 asnaf di Bandar Sungai Buaya menerima sumbangan barangan menyambut Aidilfitri dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu memaklumkan antara sumbangan yang diberikan ialah kuih raya, set barangan kering dan barangan basah ayam dari QSR (Ayamas).

“Menjelang Aidilfitri, seramai 100 orang asnaf fakir miskin di Bandar Sungai Buaya menerima sumbangan pelbagai barangan bagi persiapan menyambut hari lebaran.

“Dengan kerjasama jawatankuasa Surau Al-Annsar, Bandar Sungai Buaya, program kali ini turut disertai pembayar zakat di Selangor antaranya, Dato’ Ruslee bin Hashim dari Malpro Industri Sdn Bhd, Datin Norsham Md Jani dari DNS Vision and Hearing Services, Kelab Pesona Selangor, Pertubuhan Solidariti Marhaen Proaktif serta Specky Panda Optometry Eco Grandeur,” katanya.

LZS berkata sumbangan itu mungkin tidak berlaku tanpa sokongan berterusan orang ramai sebagai pengeluar zakat di Selangor.

“Semoga sambutan aidilfitri kali ini memberi makna terbaik buat para asnaf. Moga Allah menyuburkan harta serta diberkati perniagaan anda semua,” katanya.


Pengarang :