Pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Klang mengibarkan Jalur Gemilang pada program Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lapan bantuan pendidikan negeri dari prasekolah hingga universiti

SHAH ALAM, 4 OGOS: Kerajaan Negeri menawarkan lapan bantuan pendidikan dari prasekolah hingga universiti menerusi inisiatif Iltizam Selangor Penyayang.

Program meliputi Pusat Tuisyen Rakyat, Iltizam Mahasiswa Selangor, Peduli Siswa, Bantuan Sekolah Selangor dan Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

Inisiatif lain ialah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar), Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) dan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas).

“Daripada bantuan prasekolah sehingga universiti meliputi bantuan kewangan untuk pembelian kelengkapan, warga Selangor didedahkan cara serta bentuk bantuan yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Semua bantuan ini disediakan demi memastikan anak-anak Selangor dapat meneruskan proses pembelajaran secara berkualiti,” kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Program tersebut antara yang diperkenal dalam Jelajah Selangor Penyayang di Batu Caves pada 31 Julai lalu, yang menumpukan kepada kluster pendidikan.


Pengarang :