Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr Gunarajah George bersama Kelab Motosikal Solar FC Tiger ketika sambutan Jelajah Merdeka DUN Sentosa di Gelanggang Futsal Jalan Dato’ Yusuf Shahabudin, Klang pada 31 Oigos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Sambutan Hari Kebangsaan DUN Sentosa meriah, sedia pelbagai program

KLANG, 31 OGOS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa meneruskan acara tahunan sambutan Hari Kebangsaan menerusi penganjuran Jelajah Merdeka hari ini.

Bertempat di Gelanggang Futsal di Jalan Dato’ Yusof Shahabudin di sini, acara berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum dan agama.

Wakil rakyat Dr G Gunarajah berkata sambutan tahun ini diadakan di empat lokasi iaitu di gelanggang terbabit, Taman Kupu-Kupu, Taman Maznah dan Taman Klang Jaya.

“Pengisian program di setiap lokasi berlainan antaranya persembahan rakyat, pertandingan futsal dan mewarna. Kita juga mengagihkan bakul makanan kepada rakyat terkesan dan pemberian insentif haji.

“Program sambutan ini dianjurkan bermula 2018 dan tidak dapat diteruskan berikutan pandemik Covid-19. Kita berharap dengan penganjuran semula program dapat membangkitkan perpaduan masyarakat dan hormat menghormati,” katanya.

Terdahulu, Gunarajah hadir ke program menaiki motosikal berkuasa tinggi bersama Kelab Motosikal Solar FC Tiger.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak dan futsal serta mengagihkan bakul makanan kepada 65 penerima.


Pengarang :