Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Gombak Setia di Masjid Al-Shariff, Gombak pada 2 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jelajah jualan murah PKPS singgah Sungai Tua, Seri Serdang esok

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 NOV: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diteruskan ke sembilan lagi lokasi esok bagi memenuhi permintaan orang ramai membeli barang keperluan asas bawah harga pasaran.

Bermula jam 10 pagi hingga 1 petang, program diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Sungai Tua, Seri Serdang, Kinrara, MPP Zon 8, Hulu Kelang, Morib, Tanjong Sepat dan Meru.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

 


Pengarang :