Kakitangan Dewan Negeri Selangor menyaksikan Belanjawan Selangor 2024 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Media Selangor di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 10 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RM5 juta teruskan subsidi yuran KAFAI, bantu murid B40

SHAH ALAM, 10 NOV: Pemberian subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) diteruskan tahun depan membabitkan peruntukan RM5 juta secara sekali bayar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata subsidi RM30 sebulan sejak dua tahun lalu bertujuan meringankan beban ibu bapa dan melancarkan pembelajaran murid-murid.

“Bayaran tersebut akan digunakan bagi menampung pembayaran utiliti termasuk sewaan premis, baik pulih bangunan, penyelenggaraan, kemudahan akses internet dan elaun guru.

“Usaha ini diharap menjadi suntikan dan galakan kepada masyarakat agar terus menyediakan pendidikan agama Islam untuk anak-anak berusia tujuh hingga 12 tahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Mula diagihkan pada 2022 dan pertengahan 2023, subsidi berkenaan menyelesaikan tunggakan yuran bulanan 22,226 ribu murid keluarga berpendapatan rendah dari 296 institusi KAFAI.


Pengarang :