Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan semasa sidang media selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Aidilfitri Peringkat Kontinjen Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 20 April 2023. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Suami isteri direman bantu kes kematian kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa dera

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak lelaki berusia setahun yang dipercayai menjadi mangsa dera.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata permohonan reman pasangan berusia 20-an itu dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Pasangan itu ditahan semalam di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur penderaan terhadap kanak-kanak itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-kanak 2001.

Media hari ini melaporkan kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas dibawa ke Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai didera.

Kanak-kanak malang itu dikatakan dihantar ke rumah suspek ketika ibu bapanya keluar bekerja.

– BERNAMA


Pengarang :