Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hulu Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 8 APRIL: Dua daerah di Selangor iaitu Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 1 tengah hari ini.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuasa sama turut dijangka berlaku di Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Pahang dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :