AGENDANASIONAL

MetMalaysia ramal Laut China Selatan bergelora

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang dijangka berlaku berhampiran perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, MetMalaysia memaklumkan berdasar percerapan pada jam 5 pagi tadi, Lekukan Tropika itu dikesan terbentuk pada Latitud 11.7 Utara dan Longitud 115.9 Timur, kira-kira 545 kilometer ke Barat Laut Kudat, Sabah.

Ribut itu dijangka bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km/j dengan kelajuan angin maksimum 60km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :