Selangorkini
DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyerahkan insentif RM15,000 kepada atlet gimnastik negara, Farah Ann Hadi atas pencapaian menyumbang tiga pingat emas di Temasya Sukan SEA ke-30 Filipina dalam Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Kepada Atlet Selangor di Dewan Jubli Perak SUK Selangor, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMA

56 atlet & 14 jurulatih Sukan SEA terima RM180,000

SHAH ALAM 16 JAN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan insentif RM180,000 kepada 56 atlet dan 14 jurulatih yang meraih pingat dalam Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Pemenang pingat emas menerima RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM1,500 manakala jurulatih RM2,000.

Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi menerima insentif RM15,000 apabila meraih tiga pingat emas.

Sementara itu, Farah Ann berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberi insentif atas kejayaan beliau dan atlet lain.

“Insentif ini akan dijadikan sebagai dorongan untuk saya mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun ini terutama dalam Sukan Olimpik Tokyo,” katanya.

Malaysia menamatkan kempen Sukan SEA di Filipina dengan meraih 56 pingat emas, 58 perak, dan 71 gangsa.

Daripada jumlah itu, atlet Selangor menyumbang 26 pingat emas, 12 perak dan 17 gangsa.


Pengarang :