Orang ramai memakai topeng muka semasa menaiki kereta api di Hong Kong pada 26 Januari 2020, sebagai langkah pencegahan berikutan penularan wabak koronavirus. Foto AFP
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

China catat 80 kematian, kesan 769 kes baharu koronavirus

WUHAN, 27 JAN: China mengesahkan jumlah keseluruhan jangkitan koronavirus di seluruh negara meningkat kepada 2,744 dengan 769 kes baharu dikesan.

Bagaimanapun, tiada kematian baharu disahkan di luar wilayah Hubei menjadikan jumlah korban di seluruh negara akibat wabak itu kepada 80 orang, lapor AFP.

Ratusan doktor tentera dihantar ke wilayah itu dan pihak berkuasa bergegas membina dua hospital untuk menangani krisis terbabit.

Virus yang merebak di seluruh China turut dilaporkan di beberapa negara lain antaranya Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Thailand, Singapura dan Malaysia.


Pengarang :