Penumpang pesawat penerbangan memakai topeng penutup mulut dan hidung pada tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 24 Januari 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Koronavirus: Tiada pembelian panik topeng muka

SHAH ALAM, 27 JAN: Tiada pembelian panik topeng hidung dan mulut daripada pengguna di sekitar Shah Alam, di sebalik penularan koronavirus di beberapa buah negara.

Kebanyakan kedai masih menjual topeng berkenaan seperti biasa walaupun isu koronavirus disebut setiap hari, lapor Sinar Harian.

“Jualan topeng muka buat masa ini masih seperti biasa. Kebanyakannya hanya dibeli pekerja kontraktor,” kata seorang pekerja kedai serbaneka P Mahadeva, 18.

Pemilik kedai runcit Ahmad Rosli Sakiman, 48, berkata jualan topeng hidung dan mulut di premisnya kebanyakan dibeli ibu bapa untuk kegunaan anak-anak yang tidak sihat dan demam.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan empat kes wabak koronavirus dilaporkan positif di Malaysia.


Pengarang :