Salah seorang kakitangan perubatan Klinik Kesihatan Tanglin memeriksa suhu badan pelawat bagi mencegah penularan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 18 pejabat kesihatan daerah di Selangor buat saringan

SHAH ALAM, 17 MAC: Sebanyak 18 pejabat kesihatan daerah (PKD) dan klinik kesihatan (KK) di Selangor menjalankan saringan kesihatan khusus untuk Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata PKD terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

“KK pula di Bestari Jaya, Bandar Tun Hussein Onn, Jenjarom, Bandar Botanik, Kelana Jaya, Sungai Buloh, Serendah, Simpang Lima dan Salak.

“Justeru, semua individu yang mempunyai gejala awal atau kontak rapat dengan pesakit positif wabak digalakkan membuat ujian saringan kesihatan,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Katanya, kesemua klinik beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang bermula Isnin hingga Jumaat dan PKD akan menguruskan penghantaran sampel ke Majlis Kesihatan Awam Kebangsaan.

Selangor turut menyediakan lapan hospital khusus untuk pemeriksaan atau saringan ke atas individu yang disyaki dijangkiti Covid-19.

Hospital tersebut ialah:

-Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
-Hospital Ampang
-Hospital Selayang
-Hospital Serdang
-Hospital Sungai Buloh
-Hopsital Shah Alam
-Hospital Kajang
-Hospital Banting


Pengarang :