Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM pada 29 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 135 pesakit pulih, 45 kes baharu

SHAH ALAM, 6 MEI: Sebanyak 135 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini menjadikan jumlah kumulatif 4,702 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga 12 tengah hari ini terdapat pertambahan 45 kes menjadikan jumlah keseluruhan 6,428 kes.

“Sebanyak 1,619 kes disahkan aktif dan berkebolehjangkitan namun pesakit diasingkan dan diberi rawatan.

“Satu dari kes baharu dikesan kes import dan 44 kes penularan tempatan. Satu darinya dikesan dari kluster lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di pasar borong,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata 22 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sembilan daripadanya memerlukan mesin bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan kematian membabitkan lelaki tempatan berusia 51 tahun yang mempunyai sakit kencing manis dan buah pinggang dan disahkan meninggal dunia semalam,” katanya.


Pengarang :