BERITA UTAMASELANGOR

MB: Bantuan khas kewangan diumum masa terdekat

SHAH ALAM, 12 MEI: Bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri untuk penjawat awam di Selangor akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri namun belum diputuskan.

“Insya-Allah satu dua hari lagi saya akan maklumkan dalam pengumuman rasmi,” katanya ketika ditemui di Majlis Sumbangan Kasih Ramadan hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengumumkan penjawat awam akan menerima bantuan khas Aidilfitri berjumlah RM500 dan pesara kerajaan berjumlah RM250 pada 20 Mei ini.


Pengarang :