Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, pada 3 Oktober 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dua lagi PKPD di Selangor, mula esok sehingga 10 Nov

SHAH ALAM, 27 OKT: Dua lagi lokasi di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 10 November, kata Menteri Kanan (kluster keselamatan).

Lokasi berkenaan ialah Plaza Hentian Kajang di Hulu Langat dan Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 di Kuala Langat.

“Di Flat Sungai Emas, sehingga 24 Oktober lalu, 1,044 saringan telah dilaksanakan dan 42 individu didapati positif Covid-19. Manakala, di Plaza Hentian Kajang sebanyak 909 saringan dilakukan dan 63 individu positif.

“Sehubungan dengan itu, atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), sidang hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 serta Plaza Hentian Kajang,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD di kawasan Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 melibatkan 1,300 penduduk.

Manakala bagi PKPD Plaza Hentian Kajang akan melibatkan seramai 7,500 penduduk.

“Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki
mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) antaranya penduduk tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD.

“Semua sektor ekonomi tidak boleh beroperasi dan aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak
dibenarkan,” katanya.


Pengarang :