EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman (tengah) beramah mesra dengan peserta program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Pejabat SUK, Shah Alam pada 5 Disember 2020.
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Program buka peluang rakyat, 42 ditawar kerja dalam sebulan

SHAH ALAM, 5 DIS: Seramai 42 individu diterima bekerja dalam tempoh sebulan selepas program Jelajah Selangor Bekerja 2020 mula dilancarkan pada 15 November lalu.

EXCO pembangunan modal insan berkata pada masa sama, 145 lagi akan dipanggil untuk sesi temu duga kali kedua.

“Penganjuran program lima siri bermula 15 November di Kuala Selangor dan berakhir esok di Shah Alam membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor walaupun berdepan pelbagai kekangan ekoran pandemik Covid-19,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata demikian ketika acara penutup program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Pejabat SUK di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata secara keseluruhannya 18,267 kekosongan jawatan ditawarkan sepanjang lima siri jelajah melibatkan 105 majikan daripada sektor perkilangan, perkhidmatan dan profesional.

“Kerajaan Negeri komited untuk menganjurkan program kerjaya dalam skala lebih besar pada tahun depan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan dan pandemik Covid-19 berakhir.

“Usaha ini amat penting dalam memastikan kita mencapai hasrat untuk mengurangkan kadar pengangguran ke tahap lebih baik dengan kadar segera,” katanya.


Pengarang :