Jemaah Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam menunaikan solat Zohor berjemaah dengan mengikut SOP penjarakan fizikal 1.5 meter dan pemakaian pelitup muka bagi mengelak penularan Covid-19 pada 4 Januari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Nazir, pengerusi masjid dan surau diberi taklimat SOP terawih

SHAH ALAM, 6 APRIL: Semua nazir serta pengerusi masjid dan surau telah diberikan taklimat berhubung protokol tatacara operasi piawai (SOP) solat terawih.

EXCO hal ehwal agama Islam berkata ahli jawatankuasa rumah ibadat akan mengendalikan segala pengurusan SOP solat sunat berkenaan.

“Bagaimanapun polis akan membuat tinjauan bagi memastikan jemaah patuh ketetapan.

“SOP terawih ini sedikit berbeza dengan solat Jumaat memandangkan ia berlangsung setiap malam sepanjang Ramadan. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan umumkan,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni hari ini.

Jumaat lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tatacara tersebut sudah dimuktamadkan selepas dipersembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Pada 16 Mac, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan membenarkan solat terawih berjemaah di masjid tertakluk kepada SOP ketat.


Pengarang :