Tokoh Huffaz Selangor 2022, Abdul Rahim Mat Ellah bercakap kepada media ketika Ijtimak Huffaz Selangor ke – 15 anjuran Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) di Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Tokoh huffaz nasihat penghafal al-Quran jaga ibadat

SHAH ALAM, 25 APRIL: Tokoh Huffaz Selangor 2022 menasihatkan penghafal al-Quran menjaga ibadat supaya mereka terus kekal menghafal kitab suci itu.

Abdul Rahim Mat Ellah, 50, berkata menghafal al-Quran memerlukan rohani yang bersih kerana ia merupakan kitab yang paling mulia.

“Anak-anak muda yang menghafal Al-Quran dinasihatkan jaga amal ibadat dan pantang larang, insya-Allah dipermudahkan,” katanya.

Semalam, ayah kepada tujuh anak itu dinobatkan Tokoh Huffaz Selangor 2022 dan membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM2,000.

Anugerah disampaikan EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan diringi Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) Muhamad Hafiz Mohd Haneefa.

Terdahulu, Pitas menerima pengiktirafan MBOR menerusi Program Ijtimak Huffaz Selangor Ke-15 untuk rekod pembacaan al-Quran tanpa henti secara atas talian selama 24 jam.

Program Ijtimak Huffaz pada tahun ini diadakan selama dua hari melibatkan seramai 2,000 pelajar daripada 40 pusat tahfiz.


Pengarang :