Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Plaza Masalam pada Sabtu

SHAH ALAM, 28 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ di Plaza Masalam Seksyen 9, di sini pada Sabtu ini.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, pejabat bergerak itu akan beroperasi mulai jam 11 pagi hingga 5 petang di pekarangan tempat letak kereta pusat beli-belah berkenaan.

“Perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Shahrin berkata, MBSA berharap pejabat bergerak ini dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan pihak berkuasa tempatan itu untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :