Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kiri) menyerahkan kunci Rumah Idaman kepada pemilik Syazratul Ashikin Abdul Hanif (tengah) di Pangsapuri Idaman Abadi, Persiaran Tropicana Heights, Semenyih, Kajang pada 24 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Skuad bola sepak 1995 terima tawaran rumah di Kajang, siap Ogos

KAJANG, 24 JUN: Seramai 31 bekas pemain dan pegawai skuad Selangor yang menjulang Piala Malaysia pada 1995 akan menerima tawaran Rumah Idaman Abadi di Kajang 2, mukim Semenyih.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kesemua mereka ditawar kediaman sebaik projek pembangunan fasa dua yang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos.

“Walaupun bukan tanggungjawab kita sekarang tetapi sebagai ganjaran tanah dijanjikan pimpinan Kerajaan Negeri terdahulu, kita akan sediakan unit rumah ini kepada mereka.

“Mereka mencatatkan kejuaraan bagi tiga piala iaitu Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci Rumah Idaman Abadi Kajang 2 di Persiaran Tropicana Heights di sini hari ini.

Pasukan Selangor menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-28 pada 11 November 1995 selepas menanti selama sembilan tahun apabila menewaskan Pahang dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam.

Susulan itu, pemain dan pegawai skuad itu dijanjikan sebidang tanah berukuran 0.4 hektar oleh mantan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tetapi tidak ditunaikan menyebabkan mereka  meminta Amirudin untuk mencari jalan penyelesaian.


Pengarang :