Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis perjumpaan pemimpin masyarakat Orang Asli Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 7 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bela kebajikan, sedia biasiswa bantu Orang Asli lanjut pengajian

SHAH ALAM, 8 JULAI: Kerajaan Selangor memastikan hak dan kebajikan masyarakat Orang Asli dipelihara dengan mengambil beberapa inisiatif untuk membela hak mereka lebih sedekad lalu.

Pada 2009, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri menyelesaikan kes penempatan supaya ia tidak dicemari pembangunan dan selamat diduduki.

Manakala antara 2015 hingga 2018, jelasnya, kualiti rakyat dibela bagi mengatasi kemiskinan keluarga dan menyediakan biasiswa Sagong Tasi untuk pendidikan golongan itu.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula kita umum beberapa peruntukan dan tidak melupakan Orang Asli. Agihan bakul makanan diberikan sebanyak tiga kali demi kelangsungan hidup,” katanya.

Beliau bercakap pada majlis perjumpaan pemimpin masyarakat Orang Asli Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam yang turut dihadiri EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian malam tadi.

Amirudin turut berterima kasih kepada pimpinan Orang Asli yang membantu Kerajaan Negeri dalam menentukan hala tuju supaya memanfaatkan komuniti itu.

 


Pengarang :