Kempen larangan merokok dan rokok elektronik (vape) di premis makanan. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Cecair vape nikotin bernilai RM1.65 juta dirampas sejak 2019 hingga Julai

SHAH ALAM, 6 OGOS: Sebanyak 32 kes rampasan cecair vape disyaki mengandungi nikotin berjaya direkodkan sejak 2019 hingga bulan lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor berkata ia membabitkan nilai rampasan bernilai RM1.657 juta.

Menurut Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman daripada jumlah itu, sebanyak 31 kes berjaya didakwa di mahkamah membabitkan jumlah denda sebanyak RM108,400.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi sentiasa menjalankan penguatkuasaan berterusan ke atas sebarang aduan orang ramai berkaitan penjualan cecair vape mengandungi racun nikotin.

“Tindakan penguatkuasaan itu dibuat mengikut Jadual Pertama Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai menyalurkan sebarang aduan berkaitan penjualan cecair vape bernikotin kepada program perkhidmatan farmasi menerusi lawan sesawang http://www.pharmacy.gv.my atau portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my atau mana-mana cawangan penguatkuasaan farmasi berdekatan atau di talian 03 78413200.


Pengarang :