MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 9 pagi ini.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Klang, Kuala Langat, Sepang dijangka alami hujan lebat hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 23 OGOS: Tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga jam 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan amaran itu membabitkan kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan serta Alor Gajah, Melaka.

Kawasan lain yang diramal mengalami ribut petir adalah Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :