PBTSELANGOR

Pemilik rumah mesra alam boleh mohon rebat cukai hingga 30 September

SHAH ALAM, 29 OGOS: Tempoh permohonan skim rebat cukai taksiran bagi pemilik rumah mesra alam sekitar Petaling Jaya dilanjutkan sehingga 30 September ini.

Unit Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui aplikasi MBPJ e-Rebat atau rujuk pautan www.mbpj.gov.my.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, rebat yang ditawarkan mulai 30 Jun ialah maksimum 100 peratus cukai taksiran tahunan atau RM500 atau mana-mana yang lebih rendah.

“Skim ini untuk mempromosikan gaya hidup penduduk yang mesra alam hijau ke arah menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya hijau berkarbon rendah,” katanya dalam kenyataan.

“Cukai taksiran ditawarkan kepada pemilik rumah yang menjadikan kediaman mereka mesra alam dari aspek tenaga, air, kepelbagaian biologi, pengurusan sisa buangan dan pengangkutan.”

Untuk keterangan lanjut, hubungi Sekretariat Pasukan Petugas Bandar Rendah Karbon Petaling Jaya di talian 03-7954 1440, e-mel [email protected] atau rujuk laman web MBPJ.


Pengarang :