Pengunjung merakam gambar kenangan di mercu Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Harga tiket masuk Selangor Fruit Valley naik RM5 mulai 1 Oktober

SHAH ALAM, 22 SEPT: Harga tiket masuk ke Selangor Fruit Valley (SFV) akan mengalami kenaikan RM5 bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti dapat ditingkatkan.

Pusat agro pelancongan itu menerusi Facebook mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan diberikan.

“Perubahan harga ini bagi memastikan SFV dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti serta memenuhi kepuasan pengunjung,” katanya di Facebook.

Harga tiket masuk terkini SFV bagi pelancong domestik mulai Oktober ini ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.

Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.

Terletak di Bestari Jaya, SFV membabitkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.


Pengarang :