Timbalan Presiden Parti KEADILAN Rakyat, Rafizi Ramli berucap ketika majlis pelancaran trak Ayuh Malaysia di hadapan restoran Red Chairs Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KEADILAN dekati 20,000 pengundi atas pagar setiap minggu

SHAH ALAM, 14 SEPT: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) melancarkan kempen bagi menarik sokongan 20,000 pengundi atas pagar setiap minggu di seluruh negara.

Timbalan presidennya menjelaskan usaha besar-besaran itu membabitkan 600 pengurus kempen mulai minggu depan bagi menyakinkan golongan berkenaan.

“Setakat ini, ada tanda-tanda peralihan sokongan dari pengundi atas pagar di seluruh Malaysia,” kata Rafizi Ramli di Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan jelajah #AyuhMalaysia bersama Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar dijalankan di Johor pada 17 September diikuti Melaka keesokannya.

Jelajah dijadual berlangsung di Parlimen Simpang Renggam dan Johor Baharu pada 17 September diikuti Parlimen Ledang dan Tangga Batu pada hari berikutnya.

“Sedikit demi sedikit, kita telah berjaya membina momentum yang menggoyang keyakinan Kerajaan Pas, Umno dan Bersatu,” kata Rafizi lagi.


Pengarang :