Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lori PKPS bawa barangan murah terjah sembilan lokasi lagi esok

SHAH ALAM, 17 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat yang membawa barangan keperluan harian pada harga murah meneruskan jelajahnya ke sembilan lagi lokasi di beberapa daerah esok.

Jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung jam 9 pagi hingga 1 tangah hari menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Berikut senarai lokasi lori Jelajah Ehsan Rakyat :

  • Padang Awam Batu Caves (Gombak)
  • Kampung Pandan Dalam (Hulu Langat)
  • Bandar Rinching Seksyen 1 dan 2, Semenyih (Hulu Langat)
  • Kelompok Camar, Zon 19, Teratai (Hulu Langat)
  • Tapak penjaja SS6/3 Kelana Jaya (Petaling)
  • Dataran Bilik Gerakan Persatuan Penduduk Taman Desa Indah, Meru (Klang)
  • Balai MPKK Kampung Bukit Cherakah Jaya, Meru (Klang)
  • Tapak pasar malam Jalan Mentari, Banting (Kuala Langat)
  • Dataran Al Ulum, Tanjong Sepat (Kuala Langat)

Maklumat lokasi jelajah lori berkenaan juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS

Sebelum ini, pengurus kanan pemasarannya berkata inisiatif jualan murah melalui lori dianjurkan menerusi program bersama wakil rakyat setempat ke 160 lokasi hingga hujung tahun ini.

Md Fazir Abdul Latif menganggarkan jualan hingga RM10,000 bagi setiap lokasi membabitkan bekalan 10,000 ayam, 3,100 kg daging segar, 6,200 kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B sepanjang program berkenaan.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat menerima manfaat melalui program berkenaan.


Pengarang :