EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim meninjau lokasi projek tebatan banjir di kawasan Sungai Kapar Kecil, Klang pada 4 November 2022. Foto Facebook Izham Hashim
EXCOSELANGOR

EXCO: Belanja RM8 juta laksana projek tebatan banjir di Sungai Kapar

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan Sungai Kapar Kecil, Klang dalam masa terdekat.

EXCO infrastruktur berkata melibatkan kerja-kerja menaik taraf longkang dan parit diharap menyelesaikan isu banjir di kawasan sekitar selain memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

“Untuk keseluruhan projek tebatan banjir di kawasan itu memperuntuk RM8 juta yang mana MPK membelanja RM6 juta dan selebihnya dibiayai Kerajaan Negeri.

“Projek tebatan banjir ini akan dimulakan dalam masa terdekat dan tempoh siapnya mengambil masa kurang dari setahun,” kata Ir Izham Hashim kepada SelangorKini hari ini.

Terdahulu, Izham melakukan lawatan kerja di Kapar bagi melihat cadangan projek tebatan banjir Sungai Kapar Kecil.

Hadir sama ke lawatan tersebut, Pengarah Kejuruteraan MPK Zamri Othman dan Jurutera JPS Daerah Klang Ir Ahmad Fauzan.


Pengarang :