Ketua Operasi Air Selangor Ir Abas Abdullah (tengah) memberi taklimat kepada media ketika sesi lawatan di loji rawatan air Semenyih 2 Dengkil, Sepang pada 18 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Bantuan lori tangki ke kawasan terjejas terutama premis kritikal

SHAH ALAM, 24 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghantar bantuan lori tangki ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas dua loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas pagi ini.

Dalam kenyataan medianya, Air Selangor akan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden pencemaran bau di stesen pam air mentah Jenderam Hilir.

Kawasan yang terlibat ialah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) dan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak beradual bermula jam 7 pagi tadi.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Agensi itu meminta pengguna merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi termasuk Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.


Pengarang :