Aksi perlawanan akhir Piala Dunia antara Agentina menentang Perancis di Lusail Stadium, Qatar pada 18 Disember 2022. Foto Reuters
AGENDASUKANKINI

Perlawanan akhir Piala Dunia: Argentina mendahului Perancis 2-0

SHAH ALAM, 18 DIS: Argentina menghampiri kejuaraan Piala Dunia buat kali ketiga apabila sedang mendahului juara bertahan, Perancis 2-0 pada babak pertama perlawanan akhir di Stadium Lusail, hari ini.

Argentina memperoleh peluang keemasan pada minit ke-23 apabila dihadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran Ousmane Dembele ke atas Angel Di Maria.

Kesempatan itu tidak disia-siakan kapten Argentina, Lionel Messi untuk meletakkan Argentina di depan apabila sepakannya gagal dibaca penjaga gol, Hugo Lloris.

Di Maria menjaringkan gol kedua Argentina apabila dia menyudahkan umpanan Alexis Mac Allister pada minit ke-36.


Pengarang :