Peserta program kutip sampah sambil riadah membersihkan kawasan sekitar Jalan Kosas 1/1, Taman Kosas berhampiran Sungai Ampang, Ampang pada 4 Jun 2023. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

175 orang sertai program kutip sampah sambil riadah di sekitar Sungai Ampang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 JUN: Seramai 175 orang termasuk penduduk menyertai program gotong-royong kutip sampah sambil riadah (Kudah) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Jalan Kosas 1/1, Taman Kosas, Ampang Ahad lalu.

Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat MPAJ berkata program di bawah Jawatankuasa Ampang Jaya Smart Selangor Mampan (SSM) itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kebersihan sungai.


Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad bergambar bersama peserta program kutip sampah sambil riadah di Jalan Kosas 1/1, Taman Kosas berhampiran Sungai Ampang, Ampang pada 4 Jun 2023. Foto Facebook MPAJ

“Aktiviti mengutip sampah dan membersihkan belukar di sepanjang Sungai Ampang itu juga salah satu usaha MPAJ mewujudkan denai sungai pada masa depan bagi menyokong program Denai Sungai Kebangsaan (DSK).

“Dua lori ‘roll on roll off’ (Roro) digunakan untuk mengangkut sampah yang dikumpul hasil aktiviti ini,” katanya dalam kenyataan.

Program itu turut disertai EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail serta Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad.

Turut menjayakan aktiviti itu wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Langat, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Indah Water Konsortium Sdn Bhd, KDEB Waste Management dan Ikram Lembah Jaya.

Sebelum ini, program sama diadakan di beberapa kawasan berhampiran Sungai Ampang antaranya di belakang Laman Niaga, Ampang Waterfront dan juga Kampung Melayu Ampang.


Pengarang :