Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual lebih murah berbanding harga pasaran sempena Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Selayang di Puteri Central Park, Tasik Puteri pada 8 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

400 penduduk Selayang hadir JER, semua barangan habis kurang 2 jam

OLEH AMIRUL FAZLI

KUANG, 8 JULAI: Kira-kira 400 penduduk sekitar Parlimen Selayang tidak melepaskan peluang hadir ke program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang berlangsung di Puteri Central Park, Tasik Puteri di sini, hari ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang Salasiah Disa berkata semua barangan habis dijual dalam tempoh kurang dua jam termasuk 500 ekor ayam.

“Di DUN Kuang kita telah adakan jualan murah (JER) lebih daripada 20 kali untuk tahun ini dan kesemua jualan itu mendapat sambutan sangat baik daripada pengunjung.

Orang ramai membawa pulang barangan keperluan asas yang dibeli pada Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Selayang di Puteri Central Park, Tasik Puteri pada 8 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Saya juga ada dapat maklum balas daripada pengunjung yang inginkan beberapa barangan di tambah. Saya setuju dan kita akan cuba usahakan,”katanya ketika ditemui.

JER kendalian Perbandanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Mulai 15 Julai, perbadanan berkenaan bakal menjual minyak masak paket satu kilogram pada harga serendah RM2 sebungkus bagi memenuhi permintaan pengunjung.

Penyelaras DUN Kuang
Pegawai Khas Parlimen Selayang, Salahsiah Desa ketika ditemu bual Media Selangor selepas membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Selayang di Puteri Central Park, Tasik Puteri pada 8 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengurus Kanan Pemasaran PKPS Mohd Fazir Abdul Latif berkata buat permulaan minyak paket itu dijual secara berperingkat di tiga lokasi JER terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

Pada 31 Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program tersebut yang sebelum ini dikenali Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga 1 September ini susulan sambutan menggalakkan orang ramai.

PKPS juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri, baru-baru ini.

Petugas DUN Kuang membuat persiapan menyusun sebahagian barangan keperluan asas yang akan dijual sempena Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Selayang di Puteri Central Park, Tasik Puteri pada 8 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :