Orang ramai membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Seri Serdang di Jalan LEP, Subang Jaya pada 23 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan dapur diteruskan di enam lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 8 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di enam lokasi Sabtu dan Ahad ini.

Pada Sabtu, jualan murah barangan asas itu diadakan di Balai Raya MPKK Jenjarom (DUN Banting), Dewan Serbaguna MBSJ Putra Permai (DUN Seri Serdang) dan Perkarangan Masjid Al-Khairiah, Parit 14, Simpang 5, Sungai Besar (DUN Sungai Panjang).

Keesokan hari, program diteruskan di Parkir Prima Damansara (DUN Bukit Lanjan), Kompleks Niaga Sungai Merab (DUN Dengkil) dan Kampung Orang Asli Batu 14, Puchong (DUN Seri Serdang).

Inisiatif JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :